Friday, May 18, 2012

Salam semua...Kali ini saya kongsikan sedikit sebanyak maklumat yg diperolehi tentang kanak-kanak autisme. Sebenarnya saya amat berminat untuk mengetahui tentang autisme secara mendalam. Jadi hasil dari pembacaan saya, saya kogsikan bersama..:D

1. Komunikasi dan Bahasa
     Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yg singkat. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dgn orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut.

2. Kognitif

Menurut Michael Waldman, Sean Nicholson & Nodir Adilov, 2006 dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kuran memahami konsep pemahamn yang difkirkan oleh orang lain

3. Interaksi sosial

Dr Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dgn orang lain. Mereka tidak dapat menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yg memnaggil mereka. Kebiasaanya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipelu, tetapi jika mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka mengingikan sesuatu, mereka akan memegang tangan orang yg berhampiran dgn mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri drpd orang tersebut.

4. Gangguan emosi

Menurut Dr Widowo, kebanyakkan penghidap autisme mengalami masalah emosi yg tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menagis atau marah seornag diri tanpa sebab yg munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yg sukar dikawal terutama apbila mereka gagal untuk mendapatkan apa yg mereka inginkan. Ini boleh menyebabkabn mereka menjadi manusia yg agresif.

5. Perangai dan sikap

Dr Widowo mentafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yg tertentu, Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yg hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yg asing buat mereka. Ibubapa dan guru perlu memberi perhatian yg lebih kpd kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan mereka seperti menghantukkan kepala. Kadangkala mereka juga akan bersifat pasif dgn berdiam diri sambil merenung . 

 6. Kesan sentuhan fizikal

Kajian menunjukkan bahawa penghidap autisme sangat sensitif terhdap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaanya penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akanmenutup telinga apbila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka aakan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika dipakaikan dgn pakaian-pakaian yg tertentu menyebabkan ibubapa sukar menguruskan pakaian mereka.





No comments:

Post a Comment