Thursday, May 17, 2012

~Pengalaman yang bermakna~

Pada malam ini, saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengalaman mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah Sindrom Turner (Turner's Syndrome). Sindrom Turner merupakan satu keadaan yang menerangkan tentang kecelaruan kromosom yg lazimnya diperolehi dalam kalangan kanak-kanak atau perempuan dewasa. Ia juga merupakan satu ketidakupayaan yg berpunca dari sejenis mutasi kromosom seks yg berlaku dalam kalangan bayi perempuan. Oleh kerana wujudnya mutasi kromosom seks pada bayi perempuan ini, maka ia secara tidak langsung telah mengakibatkan kromosom seks mereka tidak sempurna ataupun tidak lengkap sebagaimana bayi-bayi yg lain. 

Saya dan rakan-rakan diberi tugasan utk mengajar kanak-kanak sindrom Turner ini di salah sebuah tadika di Perak. Kami diberi peluang selama 5 hari utk memberi bimbingan kepada kanak-kanak tersebut. Kami dimaklumkan bahawa kanak-kanak ini mempunyai masalah mengenal dan membunyikan huruf konsonan dan vokal. Oleh itu, kami dinasihatkan oleh seorang pensyarah untuk mengajar kanak-kanak tersebut menulis nama. 

Pada hari pertama pengajaran, kami meminta kanak-kanak tersebut untuk menconteng pada sehelai kertas. Hal ini kerana kami ingin mengenalpasti kebolehan beliau dalam memberikan idea dan berimaginasi selain mengenalpasti tahap perkembangan psikomotor beliau. Seterusnya meminta beliau mewarnakan huruf awalan pada nama dan seterusnya mengikut garisan dot yg huruf awalan.

Pada hari kedua, kami meminta kanak-kanak tersebut menggunting, mengikut garisaan dot dan membentuk huruf kedua dengan plastisin.

Pada hari ketiga, kami meminta beliau membuat kolaj huruf ketiga dan membentuk huruf ketiga menggunakan plastisin. 

Pada hari keempat pula, kami meminta kanak-kanak tersebut menyelesaikan puzzle huruf terakhir pada nama beliau. Seterusnya, kami meminta beliau mencari huruf yg sama di sekitarnya.

Pada hari kelima, iaitu hari terakhir kami meminta beliau membuat doh bersama-sama. Selepas itu, kami meminta beliau mengeja nama menggunakan doh tersebut. Beliau boleh mengeja dengan betul tetapi memerlukan sedikit bantuan dan bimbingan kami. Selepas itu, kami meminta beliau membuat sandwich nama. Kami meminta beliau menulis nama pada sekeping roti dengan menggunakan coklat. Beliau berjaya menulis nama tersebut dengan bimbingan. 

 Pada masa yg sama, kami mengajar kanak-kanak tersebut mengenai bunyi setiap huruf yg dipelajari di awal pengajaran. Pelabagai teknik yg kami gunakan seperti menggunakan cermin, lagu dan sebagainya. 

Selepas pengajaran, kami dapati terdapat perkembangan yg dikenalpasti. Misalnya, sebelum pengajaran dijalankan, kanak-kanak tersebut tidak dapat menulis nama walaupun dibimbing. Tetapi selepas pengajaran dijalankan, kami dapati kanak-kanak tersebut boleh menulis dengan betul walaupun memerlukan sedikit bimbingan. 

Pengalaman ini sangat bermakna bg saya. Bagi saya, sebagai seorang guru kita tidak boleh melemahkan semangat para pelajar apatah lagi mengkritik dan mengutuk pelajar kita kepada orang lain walaupun kita mempunyai pelajar yg  bermasalah sama ada masalah dalam bidang akademik atau sebaliknya. Cuba fahami mereka dan sokong mereka sepenuhnya. Jangan sesekali menyalahkan pelajar terhadap masalah yg dihadapinya. Cari jalan penyelesaian dan bina keyakinan pelajar tersebut....


Menulis huruf A

Sandwich roti

Puzzle






No comments:

Post a Comment