Wednesday, May 16, 2012

Perancangan Program Harian

Pada hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang perancangan program harian. Dalam membuat perancangan program harian untuk kanak-kanak beberapa perkara perlu diambil kira. Antaranya ialah :

  1. Umur kanak-kanak
  •       Aktiviti yg drancang di prasekolah hendaklah sesuai dengan kanak-kanak. Di samping faktor umur, keupayaan kanak-kanak yang berbeza juga diambil kira
     2.  Pengalaman dan perkembangan kanak-kanak
  • Kanak-kanak di prasekolah mempunyai pengalaman yg berbeza. Pengalaman mereka bergantung pada latar belakang keluarga dan kedudukan sosioekonomi keluarga. Selain pengalaman, perkembangan mereka juga mungkin berbeza. Ada yang sudah pandai bercakap dgn petah tetapi tidak dapat berlari dgn laju. Ada pula yg bertubuh badan cergas tetapi tidak pandai berkawan. Perancangan yg dbuat oleh guru seboleh-bolehnya dpt memenuhi kehendak kanak-kanak yg berbeza
      3.  Jangka masa berada di prasekolah
  • Rancangan yg disusun bergantung pada bil jam kanak-kanak berada di prasekolah. Lazimnya, dalam masa 4 jam, guru menyediakan 6-8 aktiviti termasuklah aktiviti makan dan rehat
      4. Ruang yg ada
  •  Luas atau sempit ruang akan mempengaruhi rancangan aktiviti yg dilaksanakan
       5. Nisbah guru dgn kanak-kanak
  • Kelas yg mempunyai 25 orang kanak-kanak atau lebih perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru dan seorang pembantu.
      6. Aktiviti di dalam dan di luar
  •  Perancangan aktiviti di dalam dan di luar  brgantung pada objektif pembelajaran yg hendak dicapai. Sekiranya guru merancang untuk mencapai objektif perkembangan motor kasar, ia seharusnya memilih aktiviti luar.
     7. Aktiviti yg aktif dan sebaliknya
  • Perancangan aktiviti di prasekolah hendaklah dseimbangkan di antara aktiviti yg aktif dgn yg kurang aktif. Aktiviti yg aktif adalah seperti bermain blok, bermain air,gerak kreatif. Manakala aktiviti yg tidak aktif seperti membaca, melukis, mendengar muzik dll..

No comments:

Post a Comment