Friday, May 18, 2012

~pendidikan awal kanak-kanak~

Assalamualaikum semua...semoga sihat dan sejahtera..

Pada saat-saat terakhir mcm nie sy pasti semua tgh sibuk siapkan proposal tesis sebelum praktikum. Ada yg buat persiapan untuk praktikum nanti. Ada juga yg sedang sibuk study utk final exam. Tapi saya yakin kesibukkan ini meninggalkan kenangan manis dan memberi pengalaman yg bermakna kpd kita kelak.

Pada hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang seminar yg diikuti bulan lalu. Perkongsian ini memberi kesan dan motivasi kepada saya untuk terus mendalami ilmu dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak walaupun sy mendapat tentangan daripada beberapa pihak. Terdapat beberapa pihak yg tidak menyetujui keputusan saya utk melibatkan diri dalam bidang ini.

Pada 10 Mac 2012 lalu, saya berpeluang mengikuti satu seminar iaitu seminar motivasi dan kerjaya dalam bidang PAKK yg diadakan di Universiti Malaya. Penceramah-penceramah yg dijemput bukan calang-calang orangnya. Semuanya pakar dalam bidang masing-masing.

Perkongsian daripada Prof Madya Dr Mariani, pakar psikologi kanak-kanak sgt bermakna dan memberi kesan kepada saya sehingga kini. Menurut beliau, untuk menjadi seorang instruktor kanak-kanak perlu ada kriteria-kriterianya. Bukan senang untuk mendidika kanak-kanak.

Perkongsian Pn Mahanom, Presiden Taska Selangor pula tidak kurang hebatnya. Beliau telah berkecimpung dalam bidang ini selama 30 tahun. Beliau memulakan bidang ini kerana kasihankan anak jiran yg selalu ditinggalkan bersama pembantu rumah. Jadi, beliau sanggup meninggalkan kerjaya sebagai akauntan demi niatnya untuk menjaga dan memberikan pendidikan kepada kanak-kanak.

Perkongsian oleh CR Syahrul, seorang kaunselor berdaftar dengan MARA mengatakan beliau sangat mementingkan pendidikan awal kpd kanak-kanak. Menurut beliau, anaknya yg baru berusia 3 tahun sudah mengetahui cara bacaan dan pergerakkan di dalam solat. Hal ini menjadi satu kebanggaan kepadanya. Beliau sangat prihatin dalam pemilihan pusat jagaan. Beliau akan memastikan pusat tersebut betul-betul sesuai dengan anaknya.

Perkongsian daripada Pn Jamilah, seorang ibu hebat yg boleh mendidik anak-anak menjadi hebat. Beliau selalu mendapat motivasi daripada insan-insan kurang upaya. Kata beliau, kalau kita nak berjaya kita lihatlah insan kurang upaya yang mampu berjaya lebih daripada kita, jangan kita lihat insan yang sudah berjaya yang mempunyai banyak kelebihan daripada kita. Lihatlah orang yang kurang daripada kita tetapi kejayaan mereka lebih daripada kita.


sekian..semoga berjumpa lagi..:)

No comments:

Post a Comment