Monday, March 26, 2012

Saya ada terbaca satu artikel yang menghuraikan tentang ciri-ciri seorang pengurus tadika yang baik. Pada pendapat saya, huraian daripada artikel ini patut dikongsi bersama memandangkan terdapat ramai rakan-rakan yang ingin memiliki taska atau tadika sendiri.


CIRI-CIRI SEORANG PENGURUS TADIKA

Ciri kepimpinan yang bersesuaian adalah perlu bagi memberi keyakinan hala tuju tadika. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pengurus adalah :

1. Berpengetahuan
Pengurus tadika yang baik perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan tugas dan tanggungjawab beliau. Pengurus hendaklah sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuannya melalui pembacaan buku, menghadiri kursus atau seminar serta bersedia mempelajari dari pengalaman orang lain.

2. Cekap
Pengurus perlu bijak dan cekap dalam membuat keputusan, pembahagian masa, pembahagian tugas kepada orang bawahan dan dalam menyelesaikan masalah

3. Terancang
Segala tugas , tanggungjawab dan pelan tindakan perlu dirancang secara sistematik terlebih dahulu kecuali dalam keadaan tertentu yang menunutut pengurus membuat keputusan
segera.
4. Mempercayai
Apabila pengagihan tugas dibuat kepada pekerja, pengurus perlu memberi kepercayaan kepada mereka bahawa mereka mampu menjalankan tugasan tersebut dengan baik.

5. Menghormati
Pengurus perlu menghormati pekerja dan pendapat mereka. Pengurus juga hendaklah menghormati obu bapa dan kanak-kanak.

6. Komunikasi dua hala
Pengurus hendaklah berkomunikasi dengan kakitangan, kanak-kanak dan ibu bapa bagi memastikan interaksi yang bermakna.

7. Memberi galakan dan sokongan
Pengurus hendaklah sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada kakitangan

No comments:

Post a Comment